Pakaian Pelajar Lelaki


Anda telah terpilih menjadi warga Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, Dungun,Terengganu.Sukacita dimaklumkan bahawa anda berada di sebuah sekolah yang menitikberatkan hal-hal disiplin murid.Sehubungan dengan itu,anda diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas bermula dari hari pertama persekolahan.

Di bawah ini dinyatakan kriteria pakaian seragam sekolah:

Seluar
Seluar bagi murid lelaki adalah seluar panjang berwarna hijau kehitam-hitaman (dark olive) . Luas lilitan kaki seluar mestilah di antara 35 – 45 cm.

Baju
Berwarna putih berlengan pendek atau panjang.

Kasut
Berwarna putih diperbuat daripada kanvas bertali dan tidak daripada jenis boot/pump shoes.

Stokin
Stokin adalah 100% berwarna putih tanpa cop jenama.

Tali Leher
Hanya dijual di Koperasi Sekolah sahaja.

Lencana

Rambut
Gunakan mesin bermata #1 atau #2 atau #3 di semua sudut.

  ©SMK PULAU SERAI - Sekolah Menengah Pulau Serai, Dungun, Terengganu

Template by Dicas Blogger | Topo