Pakaian Pelajar Perempuan


Anda telah terpilih menjadi warga Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, Dungun,Terengganu.Sukacita dimaklumkan bahawa anda berada di sebuah sekolah yang menitikberatkan hal-hal disiplin murid.Sehubungan dengan itu,anda diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap dan kemas bermula dari hari pertama persekolahan.

Di bawah ini dinyatakan kriteria pakaian seragam sekolah:

Kain Kurung
Kain dari jenis tetron berwarna pinafone biru muda.
Labuh kain berkenaan tidak mencecah tanah atau lantai.

Baju kurung
Kain daripada jenis tetron berwarna putih.Baju kurung potongan tradisional-leher teluk belanga.

Kasut
Kasut yang diperbuat daripada kanvas berzap-on atau ber tali putih dan tidak dari jenis boot/pump shoes.

Stokin
Stokin adalah 100% berwarna putih tanpa cop jenama.

Tudung
Berwarna putih tidak bersulam dan tidak berendar.Ukuran tepi tudung mestilah mencecah bahu.Ukuran depan/belakang melebihi pusat.

Pakaian Dalam
Murid diwajibkan memakai pakaian dalam termasuk kain dalam dan anak tudung.

Rambut
Murid dilarang mewarnakan rambut walaupun bertudung.Murid yang berambut panjang hendaklah mengikat rambut dengan kemas.

Barang Perhiasan
Murid dilarang sama sekali memakai sebarang jenis barang perhiasan yang melputi barang kemas ataupun sebarang aksesori.

  ©SMK PULAU SERAI - Sekolah Menengah Pulau Serai, Dungun, Terengganu

Template by Dicas Blogger | Topo